Friday, May 7, 2010

SOALAN UJIAN

SEK. MEN. KEB. TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA
UJIAN BERKALA 1
PERDAGANGAN TINGKATAN 4
MASA: 1 JAM
Jawab semua soalan

1. Pernyataan yang manakah menerangkan keperluan fisiologi mengikut keperluan Abraham Maslow?
A Mendapat penghargaan
B Memerluakan kepuasan
C Memerlukan kasih sayang daripada orang lain
D Menikmati kemudahan kesihatan

2. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan keperluan manusia?
A Untuk meningkatkan status hidup
B Untuk hidup lebih selesa
C Terlalu rumit dan pelbagai
D Dapat disusun mengikut keutamaan

3. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia?
A Untuk meneruskan kehidupan
B Boleh dibahagikan kepada tiga tahap
C Sama bagi semua lapisan masyarakat
D Berbeza berdasarkan taraf hidup manusia

4. Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi kehendak manusia?
A polisi kerajaan
B Keperluan rohani
C Tingkat pendapatan
D Pengeluaran langsung


5. Rajah dibawah ini menunjukkan suati proses perniagaan?








X merujuk kepada
A pengeluar
B kerajaan
C pelanggan
D peuncit

6. Faedah yang di peroleh oleh pengguna apabila berlaku pengeluaran secara besar-besaran ialah mengurangkan
A pembaziran
B Harga barang
C kos pengeluaran
D kos bahan mentah

7. Usahawan boleh dibezakan daripada peniaga dari segi
A tahap kerajinan
B aktiviti jual beli
C motif pengeluaran
D menjalin hubungan dengan pengguna

8. Apakah faktor utama yang membawa kepada wujudnya pengkhususan dan pembahagian kerja?
A Kelemahan system pentadbiran
B Kekurangan bahan mentah tempatan
C Keperluan dan kehendak yang berbeza
D Keputusan muktamad daripada kerajaan
9. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kelemahan pengkhususan dalam pengeluaran?
A Kos latihan yang tinggi
B Bergantung kepada penggunaan mesin
C Menghasilkan barang yang seragam
D daya pengeluaran merosot

10. Sistem barter yang yang berlaku dalam masyarakat yang mengamalkan ekonomi.
A pengkhususan dan pembahagian kerja
B perdagangan antarabangsa
C pengeluaran tidak langsung
D pengeluaran langsung

11. Maklumat berikut menerang suatu proses:



Maklumat tersebut menerangkan proses
A pembahagian kerja
B pemasaran
C perniagaan
D perdagangan

12. Pilih penyataan yang benar tentang perdagangan
A meliputi pengeluaran dan pengkhususan
B meliputi pembantu perniagaan dan perniagaan
C meliputi pertukaran mata wang untuk barangan
D meliputi sistem barter tanpa sukatan wang

13. Perniagaan dikaitkan dengan pengeluaran kerana perniagaan membentu pengguna
A meluaskan pasaran
B menambahkan jualan
C menikmati nilai faedah
D mengurangkan pembaziran

14. Apakah kebaikan perdagangan dalam masyarakat moden?
A melibatkan sistem barter yang lebih lengkap
B memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
C mempercepatkan tujuan memaksimumkan keuntungan
D menggalakkan pengkhususan dan pembahagian kerja

15. Motif perniagaan ialan untuk mendapat keuntungan. Pada masa yang sama, perniagaan juga memudahkan aktiviti
A membaiki kaedah pengeluaran
B menstabilkan harga
C mengkhusus dalam kawasan
D mengagihkan barang

16. Maklumat yang berikut berkaitan dengan dengan Rasar Raya Valencia di Taiping





A Perniagaan runcit
B Perniagaan borong
C Perniagaan import
D Perniagaan entrepot


17. Sabun X mempunyai bilangan pelanggan yang taat kepada jenamanya.
Apakah tujuan utama member jenama kepada sabun X?
A Membezakan sabun X daripada sabun jenama lain
B Memikat perhatian pelanggan terhadap kelebihan sabun
C Menggalakkan pelanggan membeli dengan banyak
D mengamaklan pengkhususan dan pembahagian kerja

18. Penyataan di bawah berkaitan dengan insurans.



Penyataan di atas merujuk kepada
A melindungi peniaga daripada ketidakcekapan perniagaan
B member peluang mengenali fungsi insurans dengan mendalam
C memastikan kerugian bagi risiko yang diinsurankan dapat diatasi
D membolehkan peniaga menstabilkan harga barangan

19. Antara yang berikut, urus niaga yang manakah melibatkan perniagaan dan bantuan perniagaan?
A seorang pelombong bijih timah sanggup menghantar hasilnya ke kilang pelanggan
B seorang penjual surat khabar menjual surat khabar di gerainya
C seorang suri rumah menghasilakan baju untuk anaknya
D seorang peniaga runcit menjelaskan hutang lamanya dengan mengeluarkan sekeping cek


20. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kaitan antara pengeluaran, perdagangan, dan perniagaan?
A Ketiga-tiga proses saling bergantung untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia
B Perdagangan merangkum pengeluaran dan perniagaan dalam pasaran
C pengeluaran membantu perdagangan dan perniagaan dalam pengagihan barang
D perniagaan mesti wujud untuk melakukan aktiviti pengeluaran dan pedagangan.








Bahagian B
Jawab semua soalan
1. Gambar Rajah di bawah ini menunjukkan suatu system urus niaga yang di lakukan antara dua orang di kawasan pedalaman.
Saling bertukar


I. Terangkan system urus niaga tersebut. ( 2 markah )
II. Terangkan empat kelemahan system tersebut ( 8 markah )

2. Yang berikut adalah dialog antara Ah Meng dengan Suhaimi di dalam kedai kopi








i. Apakah yang dimaksudkan dengan promosi? ( 2 markah )
ii. Bagaimanakah promosi boleh membantu Ah Meng untuk melariskan jualan mee laksa di kedai di kedai kopi tersebut? ( 5 markah )
iii. Cadangkan satu jenis media pengiklanan yang sesuai digunakan oleh Ah Meng untuk mempromosikan mee laksanya. Berikan alasan yang munasabah. ( 2 markah)

Disediakan Disemak Disahkan

(Cik Sirawati Tarudin) (Puan Anitah Mohamad) (Tn Hj Ismail Abdullah)
Guru matapelajaran Ketua Matapelajaran Ketua Bidang
Perdagangan Perdagangan Teknik & Vokasional

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF.
1. D 6. B 11. D 16. A
2. D 7. C 12. B 17. A
3. D 8. C 13. C 18. C
4. C 9. C 14. B 19. A
5. D 10. D 15. A 20. A
JAWAPAN SOALAN ESEI.
SOALAN 1
i. - Sistem urus niaga yang dimaksudkan ialah sistem barter. ( 1m )
- Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang. ( 1m )
ii. Empat kelemahan system barter :
- Masalah pertemuan kemahuan serentak. ( 1m ). Manusia menghadapi kesulitan dalam menemukan pihak lain yang masing-masing mempunyai kemahuan yang serentak (1m ). Contoh, individu A memiliki berasmenghendaki gandum, tetapi individu B memiliki gandum menghendaki kentang (1m ).
- Kesukaran untuk membahagikan barang kepada bahagian yang kecil ( 1m). Binatang ternakan seperti lembu dan kambing susah dipotong kepada ketul-ketulan yang sesuai untuk ditukarkan (1m ).
- Kesukaran untuk menentukan nilai tukaran (1m ). Tidak mempunyai piawai yang boleh di ikuti untuk menentukan kadar pertukaran antara barang (1m ). Contoh, berapakah kilogram beras bersamaan dengan 1 kilogram gandum? (1m)
- Masalah penyimpanan nilai ( 1m ). Hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran menghadapi masalah kesegaran yang akan menjejaskan nilai pertukaran kerana barang tersebut tidak boleh disimpan lama (1m).
- Masalah membawa barang (1m). penduduk terpaksa membawa barang dengan berjalan kaki untuk mencari pihak lain yang bersetuju untuk menukarkan barangnya (1m).


SOALAN 2
I. Maksud Promosi
- Merujuk kepada kaedah yang diamalkanoleh perniaga untuk memberitahu, memperkenal dan mempengaruhi orang ramai (1m ) untuk membeli barang jualannya (1m).
II. – Promosi membantu Encik James menarik perhatian pelanggan yang hendak makan di kedai kopi tersebut (1m )
- Pelanggan mempunyai rasa ingin cuba masakan Ah Meng (1m)
- Menimbulkan perasaan loyalty (setia ) pelanggan terhadap masakan laksa Ah Meng (1m )
- Menambahkan jualan (1m) dan meningkatkan keuntungan Ah Meng (1m)
- Menggalakkan Ah Meng menambah masakan laksa untuk menampung permintaan yang semakin meningkat (1m).
III. – Risalah (1m)
- Merupakan kertas cetakan yang murah dan diedarkan ke kawasan-kawasan perumahan dan perniagaan dengan mudah (1m)
- Keistimewaan masakan laksa, tempat jualan, dan gambar masakan boleh dimasukkan dalam risalah untuk menggalakkan orang ramai rasa ingin cuba (1m).

1 comment: